>

16 May 2014

Mini GA Cash RM50 by Emas Putih #part3

As-Salam

[ Tekan banner di atas kalau nak join ]

Mini GA Cash Rm50 by Emas Putih #part3 ini dianjurkan oleh Emas Putih 

12 May 2014

GIVEAWAY MEI 2014 By IanFaizal.com And Dramaterbaik.com


JOIN NOW
CLICK PADA BANNER UNTUK JOIN
11/5/2014-31/5/2014

Giveaway Mega 1st Anniversary Mamaniza.com


Assalamualaikum




Buat julung kalinya mama melancarkan Giveaway Mega 1st Anniversary Mamaniza.com disertai  beberapa para sponsor yang hebat dengan menawarkan beberapa ganjaran yang menarik kepada para pemenang. 

Follow Blog :


Like Page :



Syarat utama :
  1. Pastikan anda follow kesemua sponsor berikut dan like page mereka.
  2. Buat entri bertajuk Giveaway Mega 1st Anniversary Mamaniza.com
  3. Copy coding yang telah disediakandan pastekan ke dalam ruangan HTML dan publishkan.
  4. Hantarkan URL penyertaan anda di ruang komen.
  5. Giveaway ini akan berlangsung pada 10 Mei pukul 12 tengahari dan berakhir pada 20 Mei 2014 pada  12 tengahari juga.
  6. Pemenang akan diumumkan pada 25 Mei 2014 berdasarkan random

Hadiah Giveaway :
  • Tasbih Pearl x 10 pemenang 
  • Wang tunai RM 30 x 1 pemenang
  • Top up bernilai RM 5 x 5 pemenang
  • Tudung bawal berserta brooch x 1 pemenang
  • Senaskah Tafsiran Pimpinan Ar rahman x 1 pemenang
  • Sticker Homemade (2 sticker) x 1 pemenang
  • Keychain Penyu x 5 pemenang
  • Hadiah Misteri x 2 pemenang
  • Kain Baju Kurung 4M  dan Goodie beg bersama accesories x 1 pemenang
  • Tudung Bawal Plain x 2 pemenang
  • 3 Pin Tudung by Pin2it by NeenaAnuar x 3 pemenang
  • Buku Terbitan Ana Muslim bernilai RM 100 x 1 pemenang
  • Bedak Sejuk Azza's Gold Powder x 1 pemenang

Nota :

34 pemenang di cari, di harap giveway ini akan mendapat sambutan dengan meriahnya. Sekian, terima kasih.

10 May 2014

POSITIF.SABAR

Kalau dah tak ada rezeki, buat macam mana pun, still tak kan dapat jugak
tak pe lah..insyallah ada hikmah sebalik semua yang terjadi
mungkin Allah nak uji tahap kesabaran
POSITIF
walaupun sangat susah sebenarnya untuk fikir positif di saat fikiran bercelaru
sangat susah sebenarnya untuk terima kenyataan
tapi tak pe
memilih untuk bersabar, positif dan redha mungkin lebih baik daripada terus memikirkan benda yang dah lepas..benda yang sudah terang dan nyata tak akan dapat dibetulkan kembali
daripada terus menyerabutkan kepala, lebih baik just think positive and move on

Allah tidak akan menguji hambanya melebihi kemampuan

Meaning that, kita semua sebenarnya mampu hadapi ujian yang datang..cuma pilihan di tangan kita.
Pilihan pertama ialah memilih untuk give up dan terus menyalahkan takdir..
Ataupun pilihan kedua terus memilih untuk menghadapi dan sabar mengharungi segalanya
And guess what...
Orang yang memilih pilihan kedua adalah orang yang sangat berani.
Yess mugkin senang untuk berkata-kata
Hanya mereka yang alami sahaja tahu betapa beratnya beban yang ditanggung..betapa seksanya diri menghadapi..betapa sakitnya hati yang menanggung
Orang disekeliling hanya pandai berkata-kata sedangkan hanya aku yang menanggung seksanya
Hmmm mungkin begitu yang kita akan fikir kan??
Setuju..dan sangat setuju sebab kekadang saya pun sama.
Tapi, kita kekadang lupa bahawa kita masih ada ALLAH untuk mengadu.
Minta lah pertolongan daripada ALLAH kerana ALLAH tidak akan pernah mensia-siakan permintaan hambanya..ALLAH MAHA MENDENGAR


*p/s: ALLAH tidak pernah jauh

7 May 2014

PADANYA ADA HIKMAH

Petikan daripada sebuah buku yang bertajuk PADANYA ADA HIKMAH:

"sekiranya kita menghadapi musibah, jangan hadapinya sebagai seorang guru, jangan hadapinya sebagai seorang jururawat, jangan hadapinya sebagai seorang doktor, tetapi usahakanlah menghadapinya sebagai seorang mukmin."

"ini kerana, sebagai orang mukmin kita menjadi orang yang ajaib. kita tetap menang dalam apa jua pun situasi. pada ketika kita diberi nikmat, kita bersyukur dan kita mendapat pahala. pada ketika kita ditimpa musibah pula, kita bersabar, dan kita juga mendapat pahala."

Betol. Kekadang kita lupa.. Apabila ditimpa musibah, bnyak yang mengeluh, banyak yang menangis. Tak salah untuk menangis. Tetapi, menangis la di atas sejadah. Mengadulah kepada Allah..


Saya terkesan dengan satu ayat di dalam buku PADANYA ADA HIKMAH

"Bersabar itu adalah menangis di atas sejadah"

Maksudnya apa??..menangis dan mengadulah kepada Allah. Insyallah hati yang lara akan menjadi tenang. 

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Membaca.. Banyak benda yang saya peroleh daripada membaca. Buku-buku motivasi yang banyak memberikan kesedaran mengenai sesuatu. Buku-buku motivasi yang boleh menaikkan kembali semangat dikala semangat ini jatuh mencium tanah. Buku-buku yang banyak mengajak untuk mengenal Allah. 

*p/s: jadikan membaca sebagai hobi