>

27 December 2013

FYP & FINAL EXAM??

Assalamualaikum sahabat

berlalunya semalam bermakna selesai sudah proposal presentation untuk Final Year Project (FYP)
fuhhhhh lega
alhamdulillah Allah permudahkan urusan iera
walaupun ada soalan yang tak dapat dijawab dengan sempurna tetapi tetap bersyukur
atleast xde la seteruk yang dibayangkan. hehehe

dan sepatutnya hati dah mula tenang untuk tumpukan perhatian pada final exam yang akan bermula 30 Disember 2013 nanti.
tetapi haiiii mood pulak xde
susah jugak camnie kan??

3 paper untuk sem nie

30 Disember 2013 - Optimum Control
7 Januari 2014 - Partial Differential Equation
11 Januari 2014 - Bahasa Mandarin II


 CHAIYOK CHAIYOK CHAIYOK IERA

*p/s: semoga ditenangkan hati dan diberikan kemudahan untuk memahami apa yang dipelajari.

22 December 2013

HIKMAH YANG TERSEMBUNYI

Assalamualaikum sahabat

Sahabat, pernah tak kamu dengar bahawa setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya nanti…pernahkan??

Ya benar

Cuma bezanya, kita sedar ataupun tidak tentang hikmah itu.

Suatu waktu dahulu saya pernah bersedih kerana apa yang saya mahukan tidak dapat. Digantikan dengan sesuatu yang lain. Tetapi, hari ini saya sedar bahawa sesuatu yang baru itu sebenarnya lebih bagus dan sesuai dengan saya.

“Sesungguhnya, Allah akan berikan apa yang kita perlu. Bukannya apa yang kita mahu.”

“…Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”-Surah Al-Baqarah ayat 216

Suatu waktu dahulu juga saya pernah diuji. Terpaksa menerima sesuatu walaupun hati tidak rela. Terpaksa berkorban masa dan tenaga demi tanggungjawab yang diberi. Susahnya mahu ikhlaskan hati disaat diri mula terasa penat untuk memikul semua itu. Berlalunya masa, saya mula sedari bahawa terlalu banyak hikmah yang Allah sediakan untuk saya disebalik ujian itu. Banyak juga yang saya perolehi daripada ujian itu.

“Allah tidak akan menguji hambanya melebihi kemampuan.”

“bahawa sesudah kesulitan ada kemudahan.”-Surah Al-Insyirah

Disebalik ujian, pasti ada hikmah yang tersembunyi. Antaranya:-

1)  Tanda Cinta/Tanda Rindu

Ujian adalah tanda cinta dan rindu Allah kepada hambanya.

“Sesungguhnya besarnya pahala yang kita perolehi bergantung besarnya dugaan, dan Allah apabila mencintai suatu kaum, maka Allah akan menguji mereka. Barang siapa yang reda, maka ia akan mendapatkan keredaanNya dan barang siapa yang kesal terhadapnya, maka ia akan mendapatkan kemurkaanNya.”

Ketika Allah rindu akan hambanya, Allah akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian.

“Pergilah pada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya.”

Sahabat, Allah sangat suka mendengar doa hambanya.. Allah suka dan rindu akan rintihan hambanya.

2) Belajar Erti Sabar

Sahabat, tahukan bahawa Allah sangat suka dan cinta orang-orang yang sabar.

“Dan ingatlah Allah sentiasa mengasihi orang-orang yang sabar.”

3) Lebih Dekat Dengan Allah

Apabila ditimpa ujian, kita selalunya akan lebih dekat dengan Allah. Akan lebih mengingati Allah. Apabila ditimpa ujian, kita akan bersungguh memohon pertolongan Allah. Betulkan??.. saya juga begitu… kita manusia mudah lupa… dan mungkin ujian merupakan jalan Allah untuk kita ingat kepada Nya.

4) Membersih Hati

Manusia yang tidak diuji dengan ujian mudah menjadi takbur. Ujian adalah rahmat Allah. Ujian dapat membersihkan jiwa dan menyucikan iman.

Sahabat, sekiranya nanti kamu diuji, ingatlah bahawa setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya nanti. Cuma mungkin kita sahaja belum tahu apa hikmah yang tersembunyi. Allah kan maha penyayang

*p/s: pasti ada sesuatu yang lebih baik disebalik semuanya

21 December 2013

RAHMAT DISEBALIK MASALAH

disebalik masalah, pasti ada rahmat yang tersembunyi
jadi, jangan pernah kalah dengan masalah
cari jalan untuk menanganinya
dan kaunselor terbaik didunia adalah Allah SWT

jangan kita tengok masalah yang melanda kita sebagai petaka
anggaplah ia sebagai ujian yang mengandungi seribu rahmat daripada Allah SWT

*p/s: ujian mungkin cara Allah untuk kita ingat kepada Nya

13 December 2013

Segmen Terjah Blogger Baru Oleh Abe Mirul

Assalamualaikum sahabat


untuk pengetahuan kawan-kawan, pemilik segmen nie adalah ABE MIRUL..nak tau kenapa abe mirul wat segmen nie tak??..jawapannya adalah sebab nak berkenalan dengan blogger-blogger baru.ok la xmau cakap banyak-banyak..jom iera nak jawab soalan abe mirul nie..owh ya, kalau kawan-kawan berminat nak join, klik banner ye untuk maklumat lanjut..

Bagaimana korang boleh terjebak dengan dunia blogging ini?

iera boleh terjebak dengan dunia blogging nie adalah sebab kawan satu matrik dengan iera dulu. kawan iera nie ada blog and selalu jugak la story kat iera tentang dunia blog..then bila dah abis matrik, waktu 1st year kat universiti nie (tahun 2010..3tahun yang lepas.lame x??), teringin lak nak ada blog sendiri. so iera buat la satu blog. sampai kawan-kawan iera kat cnie pun terpengaruh jugak..hehe. blog iera dulu LAYAR HIDUPKU..tapi sekarang blog tu dah xvalid dah..nie blog baru iera..

bila dah 2nd year kat universiti nie, iera dah mula bz dengan aktiviti kolej, fakulti..mang xde masa untuk berblog nie..tambah-tambah lagi, ntah masalah teknikal ape, blog LAYAR HIDUPKU tu pun dah xleh guna lagi..xtau kenape..

then bila dah final year nie, iera dah xbz sgt dengan aktiviti kolej..mang agak banyak masa free..rindu plak nak berblog..so muncul lah blog PENGALAMAN ITU INDAH nie..

tujuan iera buat blog dulu hanya untuk kongsi cerita..lebih kurang cam diari la konon kan..hahahaha
tapi dari masa ke masa, iera rasa iera lagi suka untuk berkongsi pengalaman atau mungkin juga ilmu yang boleh dijadikan pengajaran dan panduan untuk pembaca..nak tau sebab ape??..

iera ada terbaca:

Giveaway Akhir Tahun 2013 Hotlips Corner

Assalamualaikum sahabat


GIVEAWAY lagi..kali nie GA Hotlips Corner lak tau..kawan-kawan nampak tak banner kat atas tu??..kan ada tulis PELBAGAI HADIAH MENARIK MENANTI ANDA..teringin nak tau apa hadiahnya??..haa klik nie HADIAH

cara-cara??..syarat-syarat??..mesti la ada syarat dan cara-caranya..ok lah iera xmau cakap panjang-panjang coz nanti kawan-kawan boring lak kan..hehe. so ape kata klik kat banner kat atas tu for more information..ok??

Special Giveaway by Afiqah

Assalamualaikum sahabat


iera join giveaway lagi..jom la kawan-kawan join giveaway nie..banyak hadiah tau. yang kat banner atas nie tulis lebih 80 orang pemenang atau lebih kan..b4 buat entri nie, iera dah usha2 hadiah..sekarang pemilik giveaway nie nak 84 orang pemenang dan bercadang untuk cukupkan 100 orang..so ape tunggu lagi..jom la joinye..hehe..

ok lah..kalau kawan-kawan nak join jugak, jangan lupa untuk klik banner tau..for more information..and boleh jugak usha2 hadiah dulu..yang penting, follow semua syarat yang diberi tau...

11 December 2013

kadang-kadang kita tak sedar bahawa kita sayang seseorang itu
hinggalah suatu saat kita mula terasa akan kehilangan dia
begitu besar kasih yang Allah aturkan untuk kita
tidak mustahil seseorang yang kita benci boleh menjadi seseorang yang penting dalam hidup kita

9 December 2013

mAti itU paSti

assalamualaikum sahabat

saat mendapat berita mengenai kematian seseorang yang dikenali, saya menjadi takut
takut akan kematian

terasa baru sahaja berjumpa dengan arwah pertengahan cuti semester baru-baru ini
dan sekarang dikejutkan dengan berita kematian arwah
sewaktu berjumpa dengan arwah, arwah kelihatan sangat ceria dan langsung tiada tanda-tanda sakit
seperti biasa arwah sangat peramah menegur saya

ajal maut di tangan Allah..
boleh datang bila-bila masa sahaja
cepat, lambat, muda, tua
kematian tidak mengenal usia
kematian itu pasti bagi setiap manusia
cuma masanya yang berbeza
dan cara kematian itu juga berbeza

anak arwah masih kecil
anak arwah menderita sakit
saya kira anak arwah yang pergi dulu tetapi ternyata kematian boleh datang bila-bila sahaja tidak mengenal usia...

Allahuakhbar...

berita kematian arwah buat saya terfikir..
bagaimana sekiranya ajal datang sebelum saya sempat bertaubat??
rasanya diri ini banyak dosa..
sungguh saya belum bersedia
saya masih ingin beribadat kepada Allah
mengumpul seberapa banyak amal untuk bekalan di akhirat nanti

bekerjalah kamu seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun...
dan beribadatlah kamu seolah-olah kamu akan mati esok...

Tanda-tanda kematian:

100 hari sebelum kematian
ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya. tanda ini hanya akan disedari oleh merka yang dikehendakiNya. semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma bezanya mereka sedar ataupun tidak. tanda ini biasanya berlaku selepas Asar. seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga hujung kaki akan mengalami getaran seakan-akan menggigil.

40 hari sebelum kematian
tanda ini juga berlaku selepas Asar. bahagian pusat akan berdenyut-denyut. pada ketika ini, daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang terletak di atas Arasy Allah. malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaan. antaranya ialah malaikat maut akan mula mengikuti kita sepanjang masa. akan terjadi malaikat maut akan melihatkan wajahkan sekilas lalu. dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

7 hari sebelum kematian
tanda ini hanya akan diberikan kepada mereka yang diuji dengan musibah sakit dimana mereka yang tidak makan akan berselera makan secara tiba-tiba.

3 hari sebelum kematian
pada ketika ini, akan terasa denyutan di tengah-tengah dahi iaitu diantara dahi kanan dan kiri. sekiranya tanda ini disedari, maka berpuasalah selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan menyenangkan urusan orang yang memandikan kita nanti. ketika ini juga, mata hitam tidak akan bersinar lagi. bagi orang yang sakit, hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihat dari bahagian sisi. telinga akan layu dimana bahagian hujungnya akan perlahan-lahan masuk kedalam. telapak kaki yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh kedepan dan sukar untuk ditegakkan.

1 hari sebelum kematian
akan berlaku sesudah waktu Asar dimana akan merasakan satu denyutan disebelah belakang iaitu dibahagian ubun-ubun. ini menandakan bahawa kita tidak akan sempat bertemu waktu Asar keesokan harinya.

hari kematian
akan berlaku dimana akan merasakan satu keadaan yang dingin dibahagian pusat dan akan turun ke pinggang dan seterusnya naik ke halkum. ketika ini hendaklah mengucapkan kalimah syahadah dan berdiam diri menanti kedatangan malaikat maut menjemput kita kembali kepada Allah SWT.

*p/s: ingat mati boleh mendekatkan diri kepada Allah..insyallah

5 December 2013

ADRIANNA SYAZ FIRST GIVEAWAY

Assalamualaikum sahabat


untuk join giveaway nie, iera kena pilih satu gambar hujan..xkisah la gmbar dari mr google ke gmbar sndiri..so gambar pilihan hujan iera adalah...tadaaaaaa



nak tau kenapa  iera pilih gambar nie??..coz iera selalu wat camtu time hujan..cuma xde kesempatan lak nak ambik gambar sndiri camtu...xpe lah, iera bayangkan je iera ngah main hujan camtu..wahhhhh seronoknya dapat maen hujan kan..hehe

ok back kpd giveaway nie..giveaway nie blangsung selama seminggu..bermula pada 4-11 Disember 2013..cam ttera kat banner giveaway di atas..hadiah2 sangat menarik tau..ok sesape yang berminat leh klik kat banner tu untuk maklumat lanjut..

23th Birthday Giveaway by MisEyz Blurz

Assalamualaikum sahabat

nak join??..jom..tarikh tmat penyertaan ialah 10 Disember 2013
untuk maklumat lanjut, SILA KLIK SINI ye

PERCUMA CALENDAR 2014 BERGAMBAR SENDIRI

Assalamualaikum sahabat


teringin nak join contest nie??
jom kita tengok syarat-syaratnya

1. Buat sati entri bertajuk "PERCUMA CALENDAR 2014 BERGAMBAR SENDIRI"
2. Letak gambar calendar yang disediakan dalam entri
3. Buat entri mengenai contest ini
4. Like page FACEBOOK penganjur iaitu WB ARTWORK CENTER
5. Tarikh tutup penyertaan: 31 Disember 2013 jam 12.00 malam
6. Berikan URL entri dalam ruangan comment

ok kawan-kawan..for more information sila klik SINI ye

4 December 2013

SegMen aKu bloggeR malaySia

Assalamualaikum sahabat


ok nie adalah segment 1st yang iera join untuk blog yg baru nie
blog b4 nie pernah la join jugak

ok jom story mory about segment nie
pemilik segment nie adalah encik BOE

tujuan segment:

mengumpul seberapa ramai blogger yang aktif dalam Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak
secara tak langsung boleh tingkatkan backlinks blog masing-masing

syarat-syarat:

i. kena la follow blog boe tu dulu
ii. copy banner and then buat satu entri mengenai segment nie
iii. tinggalkan komen dekat entri SEGMEN AKU BLOGGER MALAYSIA di blog boe (pastikan link blog yang ada segmen sertakan sekali tau)
iv. segmen bermula 29 November 2013 hingga 9 Disember 2013

haaaa senang je kan syarat-syaratnya..so ape tunggu lagi..jom la sama-sama kita join..