>

28 March 2013

RindU aKu tAk??

soalan yang aku selalu tanye member2 aku
mangsa2 keadaan adalah

Mangsa 1
 INTAN SYAMIMI HASAN

mimi aku kenal waktu kat MRSM dulu
ktorang satu kelas
untuk pengetahuan semua, dalam kelas kitaorang tu mang kekurangan kaum hawa
pelik kn??
biasanya kaum adam yang kurang
so mungkin sebab tu la kowt kitaorang leh rapat

Mangsa 2

NUR UMAIRAH RAHMAT

umai aku kenal waktu kat UPM nie la
dy satu course nga aku
nie gambar waktu projek mega baksis

Mangsa 3
 NUR ADILAH KHARINAH

dila aku kenal waktu kat UPM jgak
awal2 xrapat ngat nga dila nie
ntah la xtau cmne leh jadi rapat
nie gmbar waktu kitaorang kuar p jalan2

Mangsa 4
NUR AFIQAH HUNAIN

pika aku kenal kat UPM jgak
hmmm yang nie aku pn xbape sure cmne kitaorg leh rapat gile2
mungkin sebab kitaorg sama2 MTM kowt
hampir 2 tahun jadi MTM merapatkan hubungan kitaorang
si minah nie la gak yg dah copy paste ayat aku nie


dimana pun kami kenal
bagaimana pun caranya
aku tetap menghargai mereka sebagai sahabat
terima kasih sahabat kerana menjadi sahabatku
terima kasih ALLAH kerana memberikan aku sahabat seperti mereka

*p/s: aku sayang korang

26 March 2013

diReject kAli keDua

hari ini
jam ini
minit ini
saat ini
aku kecewa
bukan putus cinta ya
tapi kecewa sebab permohonan Latihan Industri a.k.a LI aku ditolak ag
hai susah btol
*p/s: cuba lagi..jangan mudah putus asa kerana putus asa itu sifat orang yang gagal

22 March 2013

miMpi terCabUt GiGi

jarum pendek menunjukkan nombor satu, jarum panjang menunjukkan nombor tiga. haaa agak2 pukul berapa sekarang??...
waktu2 camnie la aku tgah boring gilerr. xtau dah nk watpe kat dalam bilik yang tersayang nie.
bukak fb n tetibe tbaca status member aku mengenai mimpi..

bermimpi patah gigi taring..atas dan bawah

tergerak la hati aku nie untuk google mngenai mimpi tu..google punya google sehingga lah aku terjumpa pe yang aku cari..

biasanya orang kaitkan mimpi tercabut gigi dengan seseorang yang mungkin akan meninggalkan kita. atau dengan kata lain, meninggal dunia. 

hmmm tu la aku jumpa. tapi xtau la sejauh mana kebenarannya. jgn percaya 100% tapi jangan juga x percaya dengan petanda Allah. pe yang kita mampu lakukan adalah berdoa semoga tidak akan berlaku perkara yang buruk.

*p/s: berdoa dan terus berdoa semoga semuanya baek2 aje.

20 March 2013

SeiNdah kAta

"salam shahirah
could u give me some advice
no matter what its all about
just wanna heard it from u"

bfikir sejenak..kenapa?? sesuatu perkara itu pasti bersebab dan kadang2 kita mungkin tidak mampu untuk jelaskan...

apa yang kita jangka insyallah kita akan dapat sebab jangkaa itu satu doa
once kita fikir positif, kita akan menarik caj positif dalam tindakan kita
jadi, sentiasalah berfikiran positif tau
insyallah everthg gonna be ok

mungkin kata2 ini mampu mengembalikan semangat si pembaca disana. kadang2 kata2 sangat ajaib. mampu meniupkan dan menghidupkan semanagat yang hilang, mampu mengembalikan senyuman di bibir, mampu menyentuh perasaan...ajaibnya kata2

*p/s: semoga nasihat itu memberikan kesan kepadamu

17 March 2013

SahaBat

apa yang kita jangka, insyallah kita akan dapat sebab jangkaan itu satu doa
once kita berfikiran positif, kita akan menarik caj positif dalam tindakan kita

"iera, kalau tiba2 aku asyik berfikir bukan2 nanti send balik dekat aku msj nie. 
kita manusia mudah lupa"

Insyallah
semoga kita selalu ingat mengingati antara satu sama lain
thanz friend coz share ayat nie

*p/s: bertuah kerana mempunyai sahabat seperti kamu. semoga persahabatan kita kekal selama-lamanya.

16 March 2013

DIA SI JANTUNG HATI-PART 1

"Opsss!!..sorry sorry sorry. Saya tak sengaja"

"Awak nie buta ke ape??..main langgar je. Ish"

Belum sempat Anis membuka mulut untuk menjawab, orang yang dilanggar nya tadi telah hilang dari pandangan mata.

"Orang tak sengaja la..tu pun nak kecoh ke..??..Menyampah aku dengan orang yang ntah pape camnie."

Bebel Anis sambil melangkah menghampiri temannya Ida. Dengan muka yang masam mencuka dan mulut yang tak berhenti-henti membebel.

"Oitt Anis. Kau nie dah kenapa? Masam je muka kau."

Tanya Ida yang pelik melihat Anis yang muncul dengan muka macam jeruk itu. Anis Asyira atau lebih mesra dengan panggilan Anis adalah temannya yang paling akrab. Sudah hampir 3 tahun persahabatan mereka terjalin. Dalam tempoh masa 3 tahun ini juga lah Ida banyak mengetahui tentang diri Anis. Apa kesukaan Anis, apa yang Anis tidak suka. Library merupakan tempat yang Anis tidak pernah suka untuk jejakkan kakinya. Bukan kerana tidak suka membaca atau tidak suka akan ilmu tetapi katanya tidak suka tempat sejuk seperti library nie. Mereka datang ke library hari ini pun kerana terpaksa. Disebabkan tugasan yang diberi oleh pensyarah memerlukan mereka membuat rujukan jadi terpaksa lah mereka jejakkan kaki ke library demi mencari buku yang diperlukan seterusnya menyiapkan tugasan yang diberi oleh pensyarah.

"Ida jom lah blah dari sini." Ajak Anis sambil laju tangannya menarik lengan Ida.

"Jom. Tapi sebelum tu, kau cerita la kat aku dulu kenapa muka kau nie macam jeruk je aku tengok"

"What??..Kau cakap muka aku macam jeruk?..Kurang asam punya kawan. Dah la tadi aku terlanggar mamat yang sangat kurang sopannya sampai nak marah-marah aku tak tentu pasal. Sekarang kau pulak yang cakap muka aku macam jeruk?"

"Ooooooo patut la muka kau macam nie ek?"

"Yela. Bukannya aku tak minta maaf. Aku dah minta maaf kowt tapi sesuka hati mak bapa dia je nak marah-marah aku balik. Siap cakap aku nie buta lagi. Dasar mamat sewel."

"Dah dah dah. Kau nie kalau bab-bab membebel kalah mak aku dekat rumah tu tau. Jom lah kita pergi makan. Penat pulak telinga aku dengar kau membebel"

"Jom.."

Terus Anis melangkah laju meninggalkan Ida. Tersenyum Ida melihat Anis. Tahu sangat Ida dengan perangai Anis. Walaupun tengah marah bagai hendak meletup gunung berapi, apabila di ajak makan, laju je. Pantang diajak makan. Makan banyak pun tapi badan Anis tetap kurus.

*p/s: takdir Allah adalah takdir terindah

13 March 2013

go K5 go

~hujan lagi~

walaupun hujan membasahi bumi ,pasukan bola sepak Kolej Kelima UPM tetap meneruskan perjuangan demi mempertahankan kemenangan
YESSSSS!!!
5-0
K5 vs K14
K5 menang so pe ag besorak la semua warga k5.hehe
ok malam nie pasukan bola tampar lak akan meneruskan perjuangan untuk mempertahankan kemenangan mereka.
harap2 pasukan bola tampar menang ag la malam nie.
go K5 go

*p/s: semoga kemenangan milik kami

11 March 2013

Li??

~hujan membasahi bumi pada petang ini~
tapi kisahku pada petang ini sama sekali tiada kaitan dengan hujan

alhamdulilah dah dapat tandatangan penyelaras untuk latihan industri (LI)
skrang tggu dapat surat dari fakulti then nanti hantar kat syarikat je
harap2 dapat la
nie dah pilihan kedua nie coz yang pertama x dapat
katanya dah penuh
huk3

*p/s: semoga dipermudahkan segala urusan

9 March 2013

Sweet

bila aku bosan nie la kje ak..dgar2 lagu kat you tube
and tetibe tjumpe nie
alamakkk sweet nya 
tetibe tsuke lak
hehe
k enjoy
:
:
:


           KAMU SAJA~AINAN TASNEEM

8 March 2013

peRlu beRani UntUK menCuBa


Pengalaman..kenangan..

Pengalaman itu sangat indah..kenangan itu sangat indah. Aku mula merindui pengalaman dan kenangan itu. Walaupun sangat sukar untuk aku terima pada awalnya. Amat berat untuk aku memikul tanggungjawab itu.

Alhamdulillah Allah memudahkan urusan aku. Terima kasih ya Allah. Terima kasih…


KF RINDU KORANG LA…

teSting~~

setelah sekian lama tanpa blog..yessss akhirnya aku punya blog ag.hehee