>

27 December 2013

FYP & FINAL EXAM??

Assalamualaikum sahabat

berlalunya semalam bermakna selesai sudah proposal presentation untuk Final Year Project (FYP)
fuhhhhh lega
alhamdulillah Allah permudahkan urusan iera
walaupun ada soalan yang tak dapat dijawab dengan sempurna tetapi tetap bersyukur
atleast xde la seteruk yang dibayangkan. hehehe

dan sepatutnya hati dah mula tenang untuk tumpukan perhatian pada final exam yang akan bermula 30 Disember 2013 nanti.
tetapi haiiii mood pulak xde
susah jugak camnie kan??

3 paper untuk sem nie

30 Disember 2013 - Optimum Control
7 Januari 2014 - Partial Differential Equation
11 Januari 2014 - Bahasa Mandarin II


 CHAIYOK CHAIYOK CHAIYOK IERA

*p/s: semoga ditenangkan hati dan diberikan kemudahan untuk memahami apa yang dipelajari.

22 December 2013

HIKMAH YANG TERSEMBUNYI

Assalamualaikum sahabat

Sahabat, pernah tak kamu dengar bahawa setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya nanti…pernahkan??

Ya benar

Cuma bezanya, kita sedar ataupun tidak tentang hikmah itu.

Suatu waktu dahulu saya pernah bersedih kerana apa yang saya mahukan tidak dapat. Digantikan dengan sesuatu yang lain. Tetapi, hari ini saya sedar bahawa sesuatu yang baru itu sebenarnya lebih bagus dan sesuai dengan saya.

“Sesungguhnya, Allah akan berikan apa yang kita perlu. Bukannya apa yang kita mahu.”

“…Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”-Surah Al-Baqarah ayat 216

Suatu waktu dahulu juga saya pernah diuji. Terpaksa menerima sesuatu walaupun hati tidak rela. Terpaksa berkorban masa dan tenaga demi tanggungjawab yang diberi. Susahnya mahu ikhlaskan hati disaat diri mula terasa penat untuk memikul semua itu. Berlalunya masa, saya mula sedari bahawa terlalu banyak hikmah yang Allah sediakan untuk saya disebalik ujian itu. Banyak juga yang saya perolehi daripada ujian itu.

“Allah tidak akan menguji hambanya melebihi kemampuan.”

“bahawa sesudah kesulitan ada kemudahan.”-Surah Al-Insyirah

Disebalik ujian, pasti ada hikmah yang tersembunyi. Antaranya:-

1)  Tanda Cinta/Tanda Rindu

Ujian adalah tanda cinta dan rindu Allah kepada hambanya.

“Sesungguhnya besarnya pahala yang kita perolehi bergantung besarnya dugaan, dan Allah apabila mencintai suatu kaum, maka Allah akan menguji mereka. Barang siapa yang reda, maka ia akan mendapatkan keredaanNya dan barang siapa yang kesal terhadapnya, maka ia akan mendapatkan kemurkaanNya.”

Ketika Allah rindu akan hambanya, Allah akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian.

“Pergilah pada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya.”

Sahabat, Allah sangat suka mendengar doa hambanya.. Allah suka dan rindu akan rintihan hambanya.

2) Belajar Erti Sabar

Sahabat, tahukan bahawa Allah sangat suka dan cinta orang-orang yang sabar.

“Dan ingatlah Allah sentiasa mengasihi orang-orang yang sabar.”

3) Lebih Dekat Dengan Allah

Apabila ditimpa ujian, kita selalunya akan lebih dekat dengan Allah. Akan lebih mengingati Allah. Apabila ditimpa ujian, kita akan bersungguh memohon pertolongan Allah. Betulkan??.. saya juga begitu… kita manusia mudah lupa… dan mungkin ujian merupakan jalan Allah untuk kita ingat kepada Nya.

4) Membersih Hati

Manusia yang tidak diuji dengan ujian mudah menjadi takbur. Ujian adalah rahmat Allah. Ujian dapat membersihkan jiwa dan menyucikan iman.

Sahabat, sekiranya nanti kamu diuji, ingatlah bahawa setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya nanti. Cuma mungkin kita sahaja belum tahu apa hikmah yang tersembunyi. Allah kan maha penyayang

*p/s: pasti ada sesuatu yang lebih baik disebalik semuanya

21 December 2013

RAHMAT DISEBALIK MASALAH

disebalik masalah, pasti ada rahmat yang tersembunyi
jadi, jangan pernah kalah dengan masalah
cari jalan untuk menanganinya
dan kaunselor terbaik didunia adalah Allah SWT

jangan kita tengok masalah yang melanda kita sebagai petaka
anggaplah ia sebagai ujian yang mengandungi seribu rahmat daripada Allah SWT

*p/s: ujian mungkin cara Allah untuk kita ingat kepada Nya

13 December 2013

Segmen Terjah Blogger Baru Oleh Abe Mirul

Assalamualaikum sahabat


untuk pengetahuan kawan-kawan, pemilik segmen nie adalah ABE MIRUL..nak tau kenapa abe mirul wat segmen nie tak??..jawapannya adalah sebab nak berkenalan dengan blogger-blogger baru.ok la xmau cakap banyak-banyak..jom iera nak jawab soalan abe mirul nie..owh ya, kalau kawan-kawan berminat nak join, klik banner ye untuk maklumat lanjut..

Bagaimana korang boleh terjebak dengan dunia blogging ini?

iera boleh terjebak dengan dunia blogging nie adalah sebab kawan satu matrik dengan iera dulu. kawan iera nie ada blog and selalu jugak la story kat iera tentang dunia blog..then bila dah abis matrik, waktu 1st year kat universiti nie (tahun 2010..3tahun yang lepas.lame x??), teringin lak nak ada blog sendiri. so iera buat la satu blog. sampai kawan-kawan iera kat cnie pun terpengaruh jugak..hehe. blog iera dulu LAYAR HIDUPKU..tapi sekarang blog tu dah xvalid dah..nie blog baru iera..

bila dah 2nd year kat universiti nie, iera dah mula bz dengan aktiviti kolej, fakulti..mang xde masa untuk berblog nie..tambah-tambah lagi, ntah masalah teknikal ape, blog LAYAR HIDUPKU tu pun dah xleh guna lagi..xtau kenape..

then bila dah final year nie, iera dah xbz sgt dengan aktiviti kolej..mang agak banyak masa free..rindu plak nak berblog..so muncul lah blog PENGALAMAN ITU INDAH nie..

tujuan iera buat blog dulu hanya untuk kongsi cerita..lebih kurang cam diari la konon kan..hahahaha
tapi dari masa ke masa, iera rasa iera lagi suka untuk berkongsi pengalaman atau mungkin juga ilmu yang boleh dijadikan pengajaran dan panduan untuk pembaca..nak tau sebab ape??..

iera ada terbaca:

Giveaway Akhir Tahun 2013 Hotlips Corner

Assalamualaikum sahabat


GIVEAWAY lagi..kali nie GA Hotlips Corner lak tau..kawan-kawan nampak tak banner kat atas tu??..kan ada tulis PELBAGAI HADIAH MENARIK MENANTI ANDA..teringin nak tau apa hadiahnya??..haa klik nie HADIAH

cara-cara??..syarat-syarat??..mesti la ada syarat dan cara-caranya..ok lah iera xmau cakap panjang-panjang coz nanti kawan-kawan boring lak kan..hehe. so ape kata klik kat banner kat atas tu for more information..ok??

Special Giveaway by Afiqah

Assalamualaikum sahabat


iera join giveaway lagi..jom la kawan-kawan join giveaway nie..banyak hadiah tau. yang kat banner atas nie tulis lebih 80 orang pemenang atau lebih kan..b4 buat entri nie, iera dah usha2 hadiah..sekarang pemilik giveaway nie nak 84 orang pemenang dan bercadang untuk cukupkan 100 orang..so ape tunggu lagi..jom la joinye..hehe..

ok lah..kalau kawan-kawan nak join jugak, jangan lupa untuk klik banner tau..for more information..and boleh jugak usha2 hadiah dulu..yang penting, follow semua syarat yang diberi tau...

11 December 2013

kadang-kadang kita tak sedar bahawa kita sayang seseorang itu
hinggalah suatu saat kita mula terasa akan kehilangan dia
begitu besar kasih yang Allah aturkan untuk kita
tidak mustahil seseorang yang kita benci boleh menjadi seseorang yang penting dalam hidup kita

9 December 2013

mAti itU paSti

assalamualaikum sahabat

saat mendapat berita mengenai kematian seseorang yang dikenali, saya menjadi takut
takut akan kematian

terasa baru sahaja berjumpa dengan arwah pertengahan cuti semester baru-baru ini
dan sekarang dikejutkan dengan berita kematian arwah
sewaktu berjumpa dengan arwah, arwah kelihatan sangat ceria dan langsung tiada tanda-tanda sakit
seperti biasa arwah sangat peramah menegur saya

ajal maut di tangan Allah..
boleh datang bila-bila masa sahaja
cepat, lambat, muda, tua
kematian tidak mengenal usia
kematian itu pasti bagi setiap manusia
cuma masanya yang berbeza
dan cara kematian itu juga berbeza

anak arwah masih kecil
anak arwah menderita sakit
saya kira anak arwah yang pergi dulu tetapi ternyata kematian boleh datang bila-bila sahaja tidak mengenal usia...

Allahuakhbar...

berita kematian arwah buat saya terfikir..
bagaimana sekiranya ajal datang sebelum saya sempat bertaubat??
rasanya diri ini banyak dosa..
sungguh saya belum bersedia
saya masih ingin beribadat kepada Allah
mengumpul seberapa banyak amal untuk bekalan di akhirat nanti

bekerjalah kamu seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun...
dan beribadatlah kamu seolah-olah kamu akan mati esok...

Tanda-tanda kematian:

100 hari sebelum kematian
ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya. tanda ini hanya akan disedari oleh merka yang dikehendakiNya. semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma bezanya mereka sedar ataupun tidak. tanda ini biasanya berlaku selepas Asar. seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga hujung kaki akan mengalami getaran seakan-akan menggigil.

40 hari sebelum kematian
tanda ini juga berlaku selepas Asar. bahagian pusat akan berdenyut-denyut. pada ketika ini, daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang terletak di atas Arasy Allah. malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaan. antaranya ialah malaikat maut akan mula mengikuti kita sepanjang masa. akan terjadi malaikat maut akan melihatkan wajahkan sekilas lalu. dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

7 hari sebelum kematian
tanda ini hanya akan diberikan kepada mereka yang diuji dengan musibah sakit dimana mereka yang tidak makan akan berselera makan secara tiba-tiba.

3 hari sebelum kematian
pada ketika ini, akan terasa denyutan di tengah-tengah dahi iaitu diantara dahi kanan dan kiri. sekiranya tanda ini disedari, maka berpuasalah selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan menyenangkan urusan orang yang memandikan kita nanti. ketika ini juga, mata hitam tidak akan bersinar lagi. bagi orang yang sakit, hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihat dari bahagian sisi. telinga akan layu dimana bahagian hujungnya akan perlahan-lahan masuk kedalam. telapak kaki yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh kedepan dan sukar untuk ditegakkan.

1 hari sebelum kematian
akan berlaku sesudah waktu Asar dimana akan merasakan satu denyutan disebelah belakang iaitu dibahagian ubun-ubun. ini menandakan bahawa kita tidak akan sempat bertemu waktu Asar keesokan harinya.

hari kematian
akan berlaku dimana akan merasakan satu keadaan yang dingin dibahagian pusat dan akan turun ke pinggang dan seterusnya naik ke halkum. ketika ini hendaklah mengucapkan kalimah syahadah dan berdiam diri menanti kedatangan malaikat maut menjemput kita kembali kepada Allah SWT.

*p/s: ingat mati boleh mendekatkan diri kepada Allah..insyallah

5 December 2013

ADRIANNA SYAZ FIRST GIVEAWAY

Assalamualaikum sahabat


untuk join giveaway nie, iera kena pilih satu gambar hujan..xkisah la gmbar dari mr google ke gmbar sndiri..so gambar pilihan hujan iera adalah...tadaaaaaa



nak tau kenapa  iera pilih gambar nie??..coz iera selalu wat camtu time hujan..cuma xde kesempatan lak nak ambik gambar sndiri camtu...xpe lah, iera bayangkan je iera ngah main hujan camtu..wahhhhh seronoknya dapat maen hujan kan..hehe

ok back kpd giveaway nie..giveaway nie blangsung selama seminggu..bermula pada 4-11 Disember 2013..cam ttera kat banner giveaway di atas..hadiah2 sangat menarik tau..ok sesape yang berminat leh klik kat banner tu untuk maklumat lanjut..

23th Birthday Giveaway by MisEyz Blurz

Assalamualaikum sahabat

nak join??..jom..tarikh tmat penyertaan ialah 10 Disember 2013
untuk maklumat lanjut, SILA KLIK SINI ye

PERCUMA CALENDAR 2014 BERGAMBAR SENDIRI

Assalamualaikum sahabat


teringin nak join contest nie??
jom kita tengok syarat-syaratnya

1. Buat sati entri bertajuk "PERCUMA CALENDAR 2014 BERGAMBAR SENDIRI"
2. Letak gambar calendar yang disediakan dalam entri
3. Buat entri mengenai contest ini
4. Like page FACEBOOK penganjur iaitu WB ARTWORK CENTER
5. Tarikh tutup penyertaan: 31 Disember 2013 jam 12.00 malam
6. Berikan URL entri dalam ruangan comment

ok kawan-kawan..for more information sila klik SINI ye

4 December 2013

SegMen aKu bloggeR malaySia

Assalamualaikum sahabat


ok nie adalah segment 1st yang iera join untuk blog yg baru nie
blog b4 nie pernah la join jugak

ok jom story mory about segment nie
pemilik segment nie adalah encik BOE

tujuan segment:

mengumpul seberapa ramai blogger yang aktif dalam Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak
secara tak langsung boleh tingkatkan backlinks blog masing-masing

syarat-syarat:

i. kena la follow blog boe tu dulu
ii. copy banner and then buat satu entri mengenai segment nie
iii. tinggalkan komen dekat entri SEGMEN AKU BLOGGER MALAYSIA di blog boe (pastikan link blog yang ada segmen sertakan sekali tau)
iv. segmen bermula 29 November 2013 hingga 9 Disember 2013

haaaa senang je kan syarat-syaratnya..so ape tunggu lagi..jom la sama-sama kita join..

29 November 2013

jOm ingAt Allah

sahabat..kamu pernah rasa sakit hati??
mesti pernah kan kerana sakit hati itu memang ada pada kita semua
cuma bezanya penyebab yang menyebabkan rasa itu
ada antara kita sakit hati kerana dikhianati
ada juga kerana dikeji
difitnah
dan pelbagai penyebab lain

sahabat...
sekiranya rasa itu bertandang, cepat-cepatlah merawat hati kita
jangan biarkan rasa itu melarat

saya ada terbaca

dengan mengingati Allah, hati manusia akan tenang dan akan dipandu Allah ke jalan yang diredhai Nya...antara cara mengingati Allah adalah dengan berzikir

seorang sahabat maya saya pernah memberitahu bahawa dengan berzikir, rezeki mudah masuk
masyallah indahnya aturan Allah

dengan mengingati Allah, hati akan tenang..salah satu cara untuk mengingati Allah adalah dengan berzikir. jika kita selalu berzikir, rezeki mudah masuk..

indah kan??
Allah Maha Penyayang kan??
dengan hanya mengingati Nya, pelbagai nikmat dan kebaikan diperolehi
cuma kekadang kita sebagai hamba...selalu lupa dan alpa 

sahabat, apa kata kita sama-sama mengingati Allah
sama-sama perolehi kebaikan 

*p/s: Allah Maha Penyayang~~jom sama-sama mengingati Allah

25 November 2013

hati berdebar-debar
tetapi saya sendiri tidak tahu kenapa dan mengapa
debaran yang kekadang boleh menyebabkan tidak senang duduk
asyik terfikir kenapa ye??
namun..masih tidak bertemu jawapannya
perlu ke biarkan sahaja atau terus memikirkan?
persoalan yang saya sendiri kadang-kadang tidak mampu memberikan jawapan..hmmmm
hanya mampu berdoa kepada Allah yang maha Esa
semoga diberikan petunjuk disebalik rasa hati ini

*p/s: tenang lah wahai hati

24 November 2013

tetiba terasa rindu pada seseorang
rindu tetapi tak mampu untuk ungkapkan
ada halangan yang tidak mungkin saya sanggup redahi
hanya mampu pendamkan di dalam hati

sahabat...pernah tak rasa itu datang bertandang??
apa perasaan sahabat??
apa yang patut dilakukan??

saya tertanya-tanya pada diri sendiri

ya..serahkan kepada Allah..
semoga rasa rindu itu tidak melebihi rasa rindu saya terhadap Allah.
andai rasa rindu itu memberikan keburukan untuk saya dan dia, semoga Allah hilangkan rasa rindu itu
semoga Allah kuatkan hati ini

Allahuakbar!!
Ya Allah kuatkan hati ini

p/s: semoga rindu aku terhadap manusia tidak melebihi rindu aku terhadap Allah

22 November 2013

menitis air mata saya selesai membaca status seorang sahabat di facebook

I think abah miss ma...
Abah: angah bila nak blk??..abah ada mesyuarat pagi td blk xmakan nasi lagi
Me: eh...abah xmakan nasi lagi waktu g smyg jumaat td?
Abah: Belum...baru nk mkn
Me: Lauk k.by masak ke bli abah?
Abah: ermmm..bli je
-kalau ma ada kan boleh masak utk org umah. abah tnye bla nak blk mesti nak anak dy blk masakkan utk dy...walaupn anak dy xpndai n xsedap masak macam arwah ma

bersyukur saya masih punya mama dan abah untuk menumpang kasih.
begitu tabah sebenarnya sahabat saya..
diuji dengan kehilangan mama yang tersayang tetapi masih mampu tersenyum dihadapan kami semua.
semoga sahabat itu terus tabah menghadapi ujian yang mendatang

*p/s: bersyukur masih punya mama dan abah

20 November 2013

mengharapkan cinta manusia..kekadang cinta itu dikhianati..kekadang cinta itu disakiti
huluran cinta kepada-NYA..sudah pasti cinta itu disambut
allahuakhbar maha suci ALLAH..maha penyayang

sahabat, 
kamu pernah dikhianati??
kamu pernah disakiti oleh cinta manusia??
sakit kan rasanya?

tetapi huluran cinta kepada ALLAH memberikan ketenangan
memberikan kebahagiaan
insyallah
sahabat, pernah tak kamu dengar bahawa setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya nanti. pernahkan??

kamu percaya???
saya percaya...
kamu pernah alami??
saya pernah...

suatu waktu dulu saya pernah bersedih kerana apa yang saya mahukan tidak dapat. digantikan dengan sesuatu yang lain. tetapi hari ini saya sedar bahawa sesuatu yang baru itu sebenarnya lebih bagus dan sesuai dengan saya.

benarlah bahawa aturan ALLAH itu adalah sebaik-baik aturan dan ALLAH maha mengetahui apa yang terbaik untuk kita. sesungguhnya ALLAH akan berikan apa yang kita perlu..bukannya apa yang kita mahu. saya yakin itu.

sahabat,
sekiranya nanti kamu diuji, ingatlah bahawa setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya nanti..cuma mungkin kita sahaja belum tahu apa hikmahnya.. ALLAH kan maha penyayang.

*p/s: yakin ada hikmah disebalik sesuatu

16 November 2013

seorang sahabat maya pernah berkata

"berkongsilah kerana pasti ada yang membaca dalam diam..berkongsilah kerana pasti ada yang mengamal dalam diam"

iye benar kata-katanya kerana saya sendiri pernah alami... daripada perkongsian seorang sahabat...menjadi amalan yang insyallah membawa kebaikan di kemudian hari. 
kekadang, daripada penulisan terkesan dihati
insyallah penulisan yang baik membantu sahabat yang lain menuju jalan yang diredhai ALLAH.
saya sendiri sedang berusaha ke arah itu..semoga ALLAH permudahkan urusan

seorang sahabat yang saya amat kagumi berkata

"apabila satu saat kita berniat mahu perbaiki diri, pada ketika itu juga ALLAH sedang susun insan-insan yang mencintai-NYA dan kirimkan kepada kita satu per satu. sepanjang perjalanan mahu perbaiki diri, ketika itu kita berjumpa dengan ramai pencinta ALLAH. ketika itu ALLAH meluruskan jalan kita untuk hadiri majlis-majlis ilmu. mudah sahaja laluannya."

sungguh saya terpegun dengan kata-katanya. allahuakbar ALLAH itu maha mengasihi. 

*p/s: sesungguhnya aturan ALLAH itu adalah sebaik-baik aturan.

1 October 2013

DENGAN KASIH SAYANG ALLAH, TIADA YANG MUSTAHIL

*p/s: yakin seyakin-yakinnya

10 September 2013

teNtanG akU

ayooooo lame giler rasenya x update blog.hehehhe
now aku nak cite TENTANG AKU

b4 that jom flashback
korang ingat x dulu ada satu virus menyerang FB
bukan virus pe tp ada satu game yg kita pm nombor kat member2 kita kat fb then nanti dyorg akan describe pasal kita n post kat dy punya wall tanpa bg tau org laen yg dy describe tu adalah kita.kita n dy je yg tau...
haaaaaa agak2 korg pernah maen x game nombor2 nie...(suke atie aku je kan bagi name game nie game nombor2)..hehehe

untuk makluman korang smua la kan, aku pun turut tpengaruh nga game nie.so aku pn maen gak la.pm member2 nomnbor pilihan aku n tunggu dyorg describe pasal aku. sronok gak la.heeeee

nak tau pe yg dyorg smua describe pasal aku?????
ok meh cnie aku bagi tau

Dye kwan upm aq..owgye baek,lembuT,pemaLu cikit tp aktif gler owg Ye...
banyak gak aq taw pasaL dye..dye ada kembar rasaye kowt..
hu5...dye niey owg ye pemalu & pendiam..ada org cakap kalau cam uh owg ye pendemdam..xtawlah..seronok kwn dgn dye..

sorg lg super duper jr yg knal time kjr jgk~ same dgn si 3432 tu~ bdak rakan mude~ rasenye die ni sorg yg open n senang dibwk borak~ aku suke tgok die ketawa~ x taw nape~ mcm kelaka je tgok die ketawa~ mcm nak cover2~ haha~ nmpak kuat fizikal n rasenye mental die pon same kuat~ huhuhuhu~

aku knl bdak nie mse f3...stu kls ngn dye ...3 AK..dye bdak pndai,dduk dpn aku lam kls.aku btl2 mngadap muka dia lam kls...aku pun x thu mcm mne leh rapat ngn dia,myb aku byk mnx tulun dia lam pelajaran kut..blik cuti sem ary tuh,smpt jmpe ngn dye,mkn2 kt mfc..(pizza+kfc) sbb bdak nie x mkn pizza..happening,suke senyum n pndai knakn aku.tmbh2 lau ade tikah..(geng dye ar tuh) n sesangat lah bz nk dgr cite aku


dari no ni mnunjukkn yang bdk ni mmndang jauh k hadapan.. x tau la plak ak dia pandang ap.... dia baik.. kelakar...dia comel2... lau nk kwn ngan dia ni bleh contact ak.. hahah.. yang best nyer ap tau dak ni...bleh smpan rhsia..heheheh yang paling pnting ak suka buli dia.. x tau naper... maybe sbb kitaorg serasi kowt... serasi ker... jgn marah r.. 6t kne jual..hahahha

jr aq..rmate ngn kwn baik aq.blik dorg blik aq gk.aq pnye ske ar nk lepak..!dlu men tegur je dy ni,bt2 lawak ckit.. n trus masyuk..!sme ngri kn! sllu jmp dy kt toilet,asl jmp je mst dy tgh gsok ggi..cm bdk bru ley brus ggi lak aq tgk..hak6.jgn mrah ea..hihi.ley than la kwn ngn dy.1 kpla..nice 2 know u

dia ni kan klu ketawa mata dah xnmpak dah..tiba2 mata dia mengecil..hehe..komited dgn kerja juga bdk nie...banyak kenal dia time kjr...tolong time kena gigit lipan, malunya nangis depan dia..huhu..tq2.....baik...sweet sngt dia nie.....junior yg sngt baik(ye ka???)

Dia nie mmg peminat angka 2..ad mkna ngan angka 222 neh..hehehe..dia dlu satu matrik ngan ak n skrg pun kitrg 1 u..tp bru knl kat u..dia slh sorg bestfrenz ak kat u nie..klu aku nanges mesti dia yg pjuk..hehehe..dia seorg yg manja wlupun anak sulong..aku suke kwn ngan dia..dia baik..cute..sopan satun..klu kitorg gelak mmg susah nak berenti la…


sape kah anda??stakat yg aku kenai dy ni,kalo gelak xnmpk ank mata kot..CUTE tue(^^)..abesla pasni dy xbenti glak..tp tiap2x ari dy mmg gelak pon..cm kne sawan gelak je..heheh.dy ni ske aja bhase klate..jenis mknan pon dy aja gak..leh bkak kelas kot..Selain itu,ak slalu pijak kasut dy..weh sorie yep..laen kali ak pjak lg...:->..papepon memg best ar dpt kwn cm ko..ceria hidup aku..


 

uih no. btuah.hehe.haa dia neh aku kenal time sem3. since orientasi.tp knal lebih rapt kt fb.then dia plak join aktviti tu. lg kenal la. kt fb pon slalu chat2. suke bce blog dia. sonok gk kwn ngn dia neh. dia peramah. sopansantun lak tu. lg satu dia ni tough.mksd aku, kuat mental n fizikal. gud2! =]

org nye kecik comel..huhu..best kaco dia nih time matrik dulu2..
cekang math..ske sgt crita korea..die hard fan rsnye..haha..hmm..gud luck in life wahai 5050..sejak msuk u nih,rjin on9 ek ko..=P

mek kelate nie aku lebih knl time kjr,,wktu kpsm pon die de,,aktif die nie,,mata sepet,,mmg otak math,,satu kolej ngan aku nih,peramah,baik,nice to know her,:)

ak knal dak nie sb sesorg..mle2 ak kekok gak kwn gn dy,tp dsbbkn sesorg ni kami bknln n bkwn...tp kami jupa lg kt kp,n kt ctulh hbg kami mjd smkin rpt...n ak thu dynie memg baik daknya..huhu


dye nie geng ak, ske tnye ak bnde yg ak x taw nk jwb, so, ak suke jwb maen2 je lau dye tny(jgn mrh ye kwn)..best dpt geng cam nie..x sia2 aku pndh mse skolah mnengh dulu..x sngka dpt geng cam nie, bezz..dye caring gak la..kawan..tq coz terime ak seadanye..tapi....skali terkantoi.......perghhhh...parah beb...biarlah rahsia ek.....plezzzz....


haaaaa tu la antara yg dicerita pasal aku.hehehehhe

*p/s: laen orang laen ceritanya. laen orang laen caranya..pape pn keep smiles


20 June 2013

14 June 2013

BeRcUti beRsaMa meReka

hmmmmm tajuk kat atas tu cam best je kan???
actually, bukan la bcuti sangat pun

MAJLIS MENYAMBUT MENANTU

haaa tu la yang sebenar-benarnya
cousin aku punya majlis
kat SABAK BERNAM
jauh perjalanan mereka2 datang kesini
aku??
ehhh aku kan mang dah kat selangor nie
cousin aku yg kat PUTRAJAYA yang datang ambik aku kat UPM..then kitaorg p sama2 kat sane

SG HAJI DORANI HOMESTAY

tempat yang sangat cantik
pemandangan yang sangat indah
ketenangan
keindahan
lupa seketika pasal study

 sehari sebelum majlis



sebelum berangkat ke rumah pengantin...photoshot dulu 

*p/s: seronok bersama mereka semua

28 May 2013

UPDATE

maple test ====> DONE

presentation complex analysis ====> DONE

ok terasa kelegaan yang teramat walaupun xtau resultnya cmne

story mory tentang smalam
smalam sensitif dowh
xtau knape smalam aku rasa cmtu
nak nanges~~
emosi3
insyallah today n tomorrow will be better

*p/s: ingin hari yang ceria

21 May 2013

maaf kak zue ore x sengaja..:(

*p/s: insyallah akan tunaikan permintaan kak zue nanti

9 May 2013


Ape perasaan korang apabila dapat hadiah???

Haaaa ,mesti la hepi kan. Sama la jugak nga aku. Tambah2 lagi if hadiah tu hadiah birthday. N from orang yang kita sayang. Aaaaaaaa aku akan rasa sangat2 hepi n terharu sampai xtau nak cakap ape. N one more thing, if hadiah tu comel2..haaa mesti la btambah2 hepi sampai rasa nak senyum je selalu. Kan???

So korang pernah rasa x camtu??

Haaa kat cnie sebenarnya juz nak cerita pasal birthday member aku. NUR AZLIANA AZLIN AHMAD MUNIR. Her birthday yesterday. Tapi aku x wish pun birthday dy semalam. Aku, ena n zana belikan hadiah untuk dy semalam. Wanna to know pe hadiahnya??...coklat, bear yg kecik comel n kad..juz a simple gift. Tapi apabila aku p kasi kat dy tadi, waaaaaaa hepi giler je aku tengok dy. Sampai aku pun hepi gak. Hehehhe...

Hmmmm sebenarnya x ksah la hadiah tu pepun, mahal ke x...yang penting penghargaan tu. Kita akan rasa kita dihargai. Kita akan rasa.....
.
owh kawan aku ingat rupanya...wahhhh terharunya...

Ayat yang aku biasa guna.hehehhe

ZANA, ALIN, ENA, IERA
gambar di Berjaya Times Square

*p/s: kitaorang sayang ko alin..kawan sampai syurga

2 May 2013


After all, I realize that every difficult things happen in life is actually the way God want to train us to become someone great in the future


1 May 2013

tepat jam 4.4o pagi
akhirnya research proposal aku cyap
bersiap sedia untuk print n hantar esok
ok sekarang masa untuk badan merehatkan diri

30 April 2013

sAyang sAmpai syUrga

pernah dengar tak ayat kat atas??
kepada mereka yang pernah dengar, hmm tau tak pe maksud disebalik ayat nie??
hmmm mungkin kita pernah dengar ada yang cakap

"saya akan sayang awak sampai syurga"

tadi waktu berborak nga member aku, ayat di atas terkeluar

KAWAN: ko pernah dengar tak orang cakap sayang 
               sampai syurga?
IERA      : haa pernah.
KAWAN: ko tau tak pe maksudnya?..pe yang kau faham bila kita sebut sayang sampai
               syurga?
IERA       : hmmm ko explain lah kat aku pe maksudnya.
KAWAN : kalau kita sayang seseorang tu seikhlas hati kita, kita bukan nak hidup 
                dengan dia kat dunia nie je kn..pasti kita nak sampai syurga. nak sama2 
                kat syurga jugak. kn??
IERA       : A'ah btol.
KAWAN : so if kita sayang seseorang tu sampai syurga, kita tak kan buat perkara 
                yang menyebabkan kita  boleh masuk neraka. kita akan menasihati dia
                ke arah kebaikan. sama2 membuat kebaikan..tak semestinya dengan 
                orang yang kita suka je. family pn sama..kita sayang sampai syurga kan 
                coz mesti la kita nak sama2 masuk syurga n jumpa kat sana nanti. ko 
                pernah terfikir tak, kita kawan kat dunia nie tapi kat sana nanti kita akan 
                kenal tak?..

kata-katanya membuatkan aku berfikir
betol pe yang dibicarakan
sayang sampai syurga
jika aku sayang seseorang, aku ingin kan dia sama2 di syurga nanti
bukan hanya di dunia
kalau nak, kena la usaha
usaha untuk sama2 ke syurga

*p/s: kalau nak, kena la usaha

28 April 2013

~diam lagi baik andai kata-kata itu menyakitkan~

kejap lagi kuiz QC..then wish me luck k
Ya ALLAH permudahkan lah urusan aku

kata ustazah, berbicaralah dengan Allah
mengadulah dengan Allah
Allah itu Maha Mendengar

*p/s: belajar lah kerana Allah.

25 April 2013

Cinta Kau dan AkU

Bunga-bunga yang bertaburan
Alam ibarat meraihkan
Luhirnya satu percintaan
Bagaikan telah ditakdirkan

Namun cinta kau dan cinta ku
Banyak halangan datang bertamu
Mampukah ditempuh satu persatu
Terdayakah menahan onak beribu

[*] Hatiku semakin terluka
Bila setiaku kau permainkan
Mengapa harus sengsara 
Bila cinta dalam genggaman

Cinta kau dan aku
Mungkinkah bersatu
KepadaNya ku pohon restu
Tunjukkan jalan yang terang
Untukku

Tiap cinta ada cerita
Penuh onak ranjau yang berliku
Ku tabah ku harungi jua
Dugaan cinta kau dan aku

Repeat [*]
Cinta kau dan aku
Mungkinkah bersatu
KepadaNya ku pohon restu
Kembalikan dia...kepadaku
Kepadaku

Lirik kat atas nie bagi aku sangat3 best..kalau nak tau, nie lirik lagi CINTA KAU DAN AKU...pernah dengar x sebelum nie??..kalau xpernah dengar xpe..haaa cuba dengar kat cnie...


dah dengar??..so cmne best x??

nie bary lagu..haaa korang dah baca novelnya ke belum??..novel CINTA KAU DAN AKU. karya SITI ROSMIZAH. yang best seller tu.



"Apa jadi driver? Hei risya, dah tak ada jawatan lain ke kat tempat kerja Milah tu sampaikan jawatan driver pun kau terima? Dah-dah, balik kampung aje. Tolong mak kat warung lagi bagus. Apa, kau ingat, kau tu jantan ke. Nak jadi driver.", marah Mak Timah.

"Kalau saya katakan saya tak kisah untuk memperisterikan awak? Dan saya juga sebenarnya sudah mula menyukai awak, adakah awak akan berubah fikiran dan menerima saya?" soal Farish Hakimi dengan wajah serius.

"Sayang, dari hati yang tulus abang nak beritahu sayang yang abang sungguh bahagia dapat menjadi suami sayang. Abang harap, Risya boleh terima abang dalam hidup Risya. Percayalah, abang ikhlas mengambil Risya sebagai isteri abang."

ok kepada sesape yang masih belum tengok drama CINTA KAU DAN AKU (lakonan FIZZ FAIRUZ n SARA ALI)...aku nak suggestkan kepada korang supaya tengok cerita nie. srius3 sangat3 best n sangat3sedih. aku yang susah nak nangis nie pun meleleh tengok (erk yeke susah nak nangis)..lagu kat atas tu sangat kena dengan cerita nie.. bagi aku, part yang paling sedih nie haaa part nie
:
:
:

EPISOD 8

and

EPISOD 11


so how??..meleleh x air mata korang?..hehe

CINTA KAU DAN AKU merupakan cerita adaptasi novel first yang aku rasa btol2 sebijik cam novel. sebijik seperti yang aku bayangkan..aahh jatuh cinta nga novel, cerita n lagu nie. CINTA KAU DAN AKU sangat bessstttt

*p/s: aku JATUH CINTA dengan CINTA KAU DAN AKU

19 April 2013

My GirlFriend iS a GumihO


4.00 pagi
masih melayan cite korea nie
kepada peminat korea yang belum tengok cite nie, sila2 lah tgk ye
coz cite nie sgt3 best
~hepi~sedih~

ok meh la aku cite skit pasal cite nie

Cha Dae Woong telah melepaskan gumiho (musang lagenda dengan 9 ekor)
khabar angin mengatakan gumiho memakan hati manusia
gumiho (Mi Ho) plak asyik follow Cha Dae Woong
apabila Cha Dae Woong tahu yang Mi Ho adalah seekor gumiho, dy cuba melakukan pelbagai cara untuk mengelakkan gumiho memakan hatinya
seterusnya terjadi lah kisah2 yg menarik

if korg nak tau, kena la tengok sendiri k



*p/s: kadang2 layan cite korea best gak..hehe

17 April 2013

opSSSSS

jika diberi pilihan, memang aku xkan pilih untuk begini
tapi semuanya sudah tertulis
takdir Allah adalah takdir terindah
mungkin yang tertulis itu adalah yang terbaik untuk aku

tapiii...
bagaimana mahu mengembirakan hati ini??
menerima dengan seadanya dan meneruskan dengan seikhlas hati sehingga berakhirnya sebuah perjuangan yang aku sendiri tidak suka.

aku akui, memang ada perkara manis
tetapi apabila terkenangkan perkara pahit, kemanisan itu terasa hilang
aku tidak suka hidup begini
hidup dalam keadaan yang tidak tenang

bersabarlah
ketenangan itu pasti dikecapi
dan semua ini bakal berakhir
teruskan sisa-sisa masa yang tinggal dengan perjuangan dengan seikhlas hati

*p/s: kemanisan itu ada cuma kekadang kerisauan meragut senyuman aku

15 April 2013

kadang-kadang hati itu perlu dijaga
agar kejadian yang lepas tidak berulang lagi
sayang mama
sayang abah
sayang adik
miss my family

*p/s: homesick

28 March 2013

RindU aKu tAk??

soalan yang aku selalu tanye member2 aku
mangsa2 keadaan adalah

Mangsa 1
 INTAN SYAMIMI HASAN

mimi aku kenal waktu kat MRSM dulu
ktorang satu kelas
untuk pengetahuan semua, dalam kelas kitaorang tu mang kekurangan kaum hawa
pelik kn??
biasanya kaum adam yang kurang
so mungkin sebab tu la kowt kitaorang leh rapat

Mangsa 2

NUR UMAIRAH RAHMAT

umai aku kenal waktu kat UPM nie la
dy satu course nga aku
nie gambar waktu projek mega baksis

Mangsa 3
 NUR ADILAH KHARINAH

dila aku kenal waktu kat UPM jgak
awal2 xrapat ngat nga dila nie
ntah la xtau cmne leh jadi rapat
nie gmbar waktu kitaorang kuar p jalan2

Mangsa 4
NUR AFIQAH HUNAIN

pika aku kenal kat UPM jgak
hmmm yang nie aku pn xbape sure cmne kitaorg leh rapat gile2
mungkin sebab kitaorg sama2 MTM kowt
hampir 2 tahun jadi MTM merapatkan hubungan kitaorang
si minah nie la gak yg dah copy paste ayat aku nie


dimana pun kami kenal
bagaimana pun caranya
aku tetap menghargai mereka sebagai sahabat
terima kasih sahabat kerana menjadi sahabatku
terima kasih ALLAH kerana memberikan aku sahabat seperti mereka

*p/s: aku sayang korang

26 March 2013

diReject kAli keDua

hari ini
jam ini
minit ini
saat ini
aku kecewa
bukan putus cinta ya
tapi kecewa sebab permohonan Latihan Industri a.k.a LI aku ditolak ag
hai susah btol
*p/s: cuba lagi..jangan mudah putus asa kerana putus asa itu sifat orang yang gagal

22 March 2013

miMpi terCabUt GiGi

jarum pendek menunjukkan nombor satu, jarum panjang menunjukkan nombor tiga. haaa agak2 pukul berapa sekarang??...
waktu2 camnie la aku tgah boring gilerr. xtau dah nk watpe kat dalam bilik yang tersayang nie.
bukak fb n tetibe tbaca status member aku mengenai mimpi..

bermimpi patah gigi taring..atas dan bawah

tergerak la hati aku nie untuk google mngenai mimpi tu..google punya google sehingga lah aku terjumpa pe yang aku cari..

biasanya orang kaitkan mimpi tercabut gigi dengan seseorang yang mungkin akan meninggalkan kita. atau dengan kata lain, meninggal dunia. 

hmmm tu la aku jumpa. tapi xtau la sejauh mana kebenarannya. jgn percaya 100% tapi jangan juga x percaya dengan petanda Allah. pe yang kita mampu lakukan adalah berdoa semoga tidak akan berlaku perkara yang buruk.

*p/s: berdoa dan terus berdoa semoga semuanya baek2 aje.