>

29 November 2013

jOm ingAt Allah

sahabat..kamu pernah rasa sakit hati??
mesti pernah kan kerana sakit hati itu memang ada pada kita semua
cuma bezanya penyebab yang menyebabkan rasa itu
ada antara kita sakit hati kerana dikhianati
ada juga kerana dikeji
difitnah
dan pelbagai penyebab lain

sahabat...
sekiranya rasa itu bertandang, cepat-cepatlah merawat hati kita
jangan biarkan rasa itu melarat

saya ada terbaca

dengan mengingati Allah, hati manusia akan tenang dan akan dipandu Allah ke jalan yang diredhai Nya...antara cara mengingati Allah adalah dengan berzikir

seorang sahabat maya saya pernah memberitahu bahawa dengan berzikir, rezeki mudah masuk
masyallah indahnya aturan Allah

dengan mengingati Allah, hati akan tenang..salah satu cara untuk mengingati Allah adalah dengan berzikir. jika kita selalu berzikir, rezeki mudah masuk..

indah kan??
Allah Maha Penyayang kan??
dengan hanya mengingati Nya, pelbagai nikmat dan kebaikan diperolehi
cuma kekadang kita sebagai hamba...selalu lupa dan alpa 

sahabat, apa kata kita sama-sama mengingati Allah
sama-sama perolehi kebaikan 

*p/s: Allah Maha Penyayang~~jom sama-sama mengingati Allah

25 November 2013

hati berdebar-debar
tetapi saya sendiri tidak tahu kenapa dan mengapa
debaran yang kekadang boleh menyebabkan tidak senang duduk
asyik terfikir kenapa ye??
namun..masih tidak bertemu jawapannya
perlu ke biarkan sahaja atau terus memikirkan?
persoalan yang saya sendiri kadang-kadang tidak mampu memberikan jawapan..hmmmm
hanya mampu berdoa kepada Allah yang maha Esa
semoga diberikan petunjuk disebalik rasa hati ini

*p/s: tenang lah wahai hati

24 November 2013

tetiba terasa rindu pada seseorang
rindu tetapi tak mampu untuk ungkapkan
ada halangan yang tidak mungkin saya sanggup redahi
hanya mampu pendamkan di dalam hati

sahabat...pernah tak rasa itu datang bertandang??
apa perasaan sahabat??
apa yang patut dilakukan??

saya tertanya-tanya pada diri sendiri

ya..serahkan kepada Allah..
semoga rasa rindu itu tidak melebihi rasa rindu saya terhadap Allah.
andai rasa rindu itu memberikan keburukan untuk saya dan dia, semoga Allah hilangkan rasa rindu itu
semoga Allah kuatkan hati ini

Allahuakbar!!
Ya Allah kuatkan hati ini

p/s: semoga rindu aku terhadap manusia tidak melebihi rindu aku terhadap Allah

22 November 2013

menitis air mata saya selesai membaca status seorang sahabat di facebook

I think abah miss ma...
Abah: angah bila nak blk??..abah ada mesyuarat pagi td blk xmakan nasi lagi
Me: eh...abah xmakan nasi lagi waktu g smyg jumaat td?
Abah: Belum...baru nk mkn
Me: Lauk k.by masak ke bli abah?
Abah: ermmm..bli je
-kalau ma ada kan boleh masak utk org umah. abah tnye bla nak blk mesti nak anak dy blk masakkan utk dy...walaupn anak dy xpndai n xsedap masak macam arwah ma

bersyukur saya masih punya mama dan abah untuk menumpang kasih.
begitu tabah sebenarnya sahabat saya..
diuji dengan kehilangan mama yang tersayang tetapi masih mampu tersenyum dihadapan kami semua.
semoga sahabat itu terus tabah menghadapi ujian yang mendatang

*p/s: bersyukur masih punya mama dan abah

20 November 2013

mengharapkan cinta manusia..kekadang cinta itu dikhianati..kekadang cinta itu disakiti
huluran cinta kepada-NYA..sudah pasti cinta itu disambut
allahuakhbar maha suci ALLAH..maha penyayang

sahabat, 
kamu pernah dikhianati??
kamu pernah disakiti oleh cinta manusia??
sakit kan rasanya?

tetapi huluran cinta kepada ALLAH memberikan ketenangan
memberikan kebahagiaan
insyallah
sahabat, pernah tak kamu dengar bahawa setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya nanti. pernahkan??

kamu percaya???
saya percaya...
kamu pernah alami??
saya pernah...

suatu waktu dulu saya pernah bersedih kerana apa yang saya mahukan tidak dapat. digantikan dengan sesuatu yang lain. tetapi hari ini saya sedar bahawa sesuatu yang baru itu sebenarnya lebih bagus dan sesuai dengan saya.

benarlah bahawa aturan ALLAH itu adalah sebaik-baik aturan dan ALLAH maha mengetahui apa yang terbaik untuk kita. sesungguhnya ALLAH akan berikan apa yang kita perlu..bukannya apa yang kita mahu. saya yakin itu.

sahabat,
sekiranya nanti kamu diuji, ingatlah bahawa setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya nanti..cuma mungkin kita sahaja belum tahu apa hikmahnya.. ALLAH kan maha penyayang.

*p/s: yakin ada hikmah disebalik sesuatu

16 November 2013

seorang sahabat maya pernah berkata

"berkongsilah kerana pasti ada yang membaca dalam diam..berkongsilah kerana pasti ada yang mengamal dalam diam"

iye benar kata-katanya kerana saya sendiri pernah alami... daripada perkongsian seorang sahabat...menjadi amalan yang insyallah membawa kebaikan di kemudian hari. 
kekadang, daripada penulisan terkesan dihati
insyallah penulisan yang baik membantu sahabat yang lain menuju jalan yang diredhai ALLAH.
saya sendiri sedang berusaha ke arah itu..semoga ALLAH permudahkan urusan

seorang sahabat yang saya amat kagumi berkata

"apabila satu saat kita berniat mahu perbaiki diri, pada ketika itu juga ALLAH sedang susun insan-insan yang mencintai-NYA dan kirimkan kepada kita satu per satu. sepanjang perjalanan mahu perbaiki diri, ketika itu kita berjumpa dengan ramai pencinta ALLAH. ketika itu ALLAH meluruskan jalan kita untuk hadiri majlis-majlis ilmu. mudah sahaja laluannya."

sungguh saya terpegun dengan kata-katanya. allahuakbar ALLAH itu maha mengasihi. 

*p/s: sesungguhnya aturan ALLAH itu adalah sebaik-baik aturan.