>

16 March 2013

DIA SI JANTUNG HATI-PART 1

"Opsss!!..sorry sorry sorry. Saya tak sengaja"

"Awak nie buta ke ape??..main langgar je. Ish"

Belum sempat Anis membuka mulut untuk menjawab, orang yang dilanggar nya tadi telah hilang dari pandangan mata.

"Orang tak sengaja la..tu pun nak kecoh ke..??..Menyampah aku dengan orang yang ntah pape camnie."

Bebel Anis sambil melangkah menghampiri temannya Ida. Dengan muka yang masam mencuka dan mulut yang tak berhenti-henti membebel.

"Oitt Anis. Kau nie dah kenapa? Masam je muka kau."

Tanya Ida yang pelik melihat Anis yang muncul dengan muka macam jeruk itu. Anis Asyira atau lebih mesra dengan panggilan Anis adalah temannya yang paling akrab. Sudah hampir 3 tahun persahabatan mereka terjalin. Dalam tempoh masa 3 tahun ini juga lah Ida banyak mengetahui tentang diri Anis. Apa kesukaan Anis, apa yang Anis tidak suka. Library merupakan tempat yang Anis tidak pernah suka untuk jejakkan kakinya. Bukan kerana tidak suka membaca atau tidak suka akan ilmu tetapi katanya tidak suka tempat sejuk seperti library nie. Mereka datang ke library hari ini pun kerana terpaksa. Disebabkan tugasan yang diberi oleh pensyarah memerlukan mereka membuat rujukan jadi terpaksa lah mereka jejakkan kaki ke library demi mencari buku yang diperlukan seterusnya menyiapkan tugasan yang diberi oleh pensyarah.

"Ida jom lah blah dari sini." Ajak Anis sambil laju tangannya menarik lengan Ida.

"Jom. Tapi sebelum tu, kau cerita la kat aku dulu kenapa muka kau nie macam jeruk je aku tengok"

"What??..Kau cakap muka aku macam jeruk?..Kurang asam punya kawan. Dah la tadi aku terlanggar mamat yang sangat kurang sopannya sampai nak marah-marah aku tak tentu pasal. Sekarang kau pulak yang cakap muka aku macam jeruk?"

"Ooooooo patut la muka kau macam nie ek?"

"Yela. Bukannya aku tak minta maaf. Aku dah minta maaf kowt tapi sesuka hati mak bapa dia je nak marah-marah aku balik. Siap cakap aku nie buta lagi. Dasar mamat sewel."

"Dah dah dah. Kau nie kalau bab-bab membebel kalah mak aku dekat rumah tu tau. Jom lah kita pergi makan. Penat pulak telinga aku dengar kau membebel"

"Jom.."

Terus Anis melangkah laju meninggalkan Ida. Tersenyum Ida melihat Anis. Tahu sangat Ida dengan perangai Anis. Walaupun tengah marah bagai hendak meletup gunung berapi, apabila di ajak makan, laju je. Pantang diajak makan. Makan banyak pun tapi badan Anis tetap kurus.

*p/s: takdir Allah adalah takdir terindah

No comments:

Post a Comment