Assalamualaikum sahabat
Sahabat, pernah tak kamu dengar bahawa setiap yang berlaku
itu pasti ada hikmahnya nanti…pernahkan??
Ya benar
Cuma bezanya, kita sedar ataupun tidak tentang hikmah itu.
Suatu waktu dahulu saya pernah bersedih kerana apa yang saya
mahukan tidak dapat. Digantikan dengan sesuatu yang lain. Tetapi, hari ini saya
sedar bahawa sesuatu yang baru itu sebenarnya lebih bagus dan sesuai dengan
saya.
“Sesungguhnya, Allah
akan berikan apa yang kita perlu. Bukannya apa yang kita mahu.”
“…Boleh jadi kamu
membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu
menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu
tidak mengetahui.”-Surah Al-Baqarah ayat 216
Suatu waktu dahulu juga saya pernah diuji. Terpaksa menerima
sesuatu walaupun hati tidak rela. Terpaksa berkorban masa dan tenaga demi
tanggungjawab yang diberi. Susahnya mahu ikhlaskan hati disaat diri mula terasa
penat untuk memikul semua itu. Berlalunya masa, saya mula sedari bahawa terlalu
banyak hikmah yang Allah sediakan untuk saya disebalik ujian itu. Banyak juga
yang saya perolehi daripada ujian itu.
“Allah tidak akan
menguji hambanya melebihi kemampuan.”
“bahawa sesudah
kesulitan ada kemudahan.”-Surah Al-Insyirah
Disebalik ujian, pasti ada hikmah yang tersembunyi.
Antaranya:-
1) Tanda Cinta/Tanda Rindu
Ujian adalah tanda cinta dan rindu Allah kepada hambanya.
1) Tanda Cinta/Tanda Rindu
Ujian adalah tanda cinta dan rindu Allah kepada hambanya.
“Sesungguhnya
besarnya pahala yang kita perolehi bergantung besarnya dugaan, dan Allah
apabila mencintai suatu kaum, maka Allah akan menguji mereka. Barang siapa yang
reda, maka ia akan mendapatkan keredaanNya dan barang siapa yang kesal
terhadapnya, maka ia akan mendapatkan kemurkaanNya.”
Ketika Allah rindu akan hambanya, Allah akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian.
“Pergilah
pada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar
rintihannya.”
Sahabat, Allah sangat suka mendengar doa
hambanya.. Allah suka dan rindu akan rintihan hambanya.
2) Belajar Erti Sabar
Sahabat, tahukan bahawa Allah sangat suka
dan cinta orang-orang yang sabar.
“Dan
ingatlah Allah sentiasa mengasihi orang-orang yang sabar.”
3) Lebih Dekat Dengan Allah
Apabila ditimpa ujian, kita selalunya akan
lebih dekat dengan Allah. Akan lebih mengingati Allah. Apabila ditimpa ujian,
kita akan bersungguh memohon pertolongan Allah. Betulkan??.. saya juga begitu…
kita manusia mudah lupa… dan mungkin ujian merupakan jalan Allah untuk kita
ingat kepada Nya.
4) Membersih Hati
Manusia yang tidak diuji dengan ujian mudah
menjadi takbur. Ujian adalah rahmat Allah. Ujian dapat membersihkan jiwa dan
menyucikan iman.
Sahabat, sekiranya nanti kamu diuji, ingatlah
bahawa setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya nanti. Cuma mungkin kita sahaja
belum tahu apa hikmah yang tersembunyi. Allah kan maha penyayang*p/s: pasti ada sesuatu yang lebih baik disebalik semuanya
Rajin eh update?
ReplyDeletehehehe..mengisi kelapangan sebelum bermulanya study week..:)
Delete