~sambungan DIA SI JANTUNG HATI-PART 1~
Laju langkah Anis menuju ke stesen bas hentian putra. Lagi cepat dia sampai, lagi cepat dia dapat beli tiket untuk pulang ke rumah tercinta. Arghhh..Rindunya terhadap keluarga tercinta tidak dapat dibendung lagi. Tetapi hatinya sedikit gusar andainya tiket untuk pulang ke Kota Bharu malam ini tiada. Langkahnya dipercepatkan. Sampai sahaja di stesen bas, Anis terus menuju ke kaunter tiket untuk membeli tiket.
"Kak, tiket ke Kota Bharu malam nie ada?"
"Dah habis la dik."
"Ok terima kasih."
Anis terus melarikan langkahnya ke kaunter tiket yang lain. Soalan sama ditujukan kepada penjaga kaunter tetapi tetap jawapan sama yang diberikan.
"Kak, tiket ke Kota Bharu malam nie ada?"
"Tiket ke Machang dan Tanah Merah je dik ada. Kota Bharu dah habis."
Glup. Anis menelan liur. Alamak camne aku nak balik nie.?? Takpe, cuba tanya kaunter yang lain la plak. Sedang Anis beratur untuk membeli tiket, seorang lelaki bertanya Anis hendak beli tiket kemana.
"Saya nak ke Kota Bharu malam nie."
"Semua tiket dah habis la dik. Cuba tengok bas tambahan kat depan tu."
Alamakkkkkkkkkk...camne nie??..huhuhu
Belum sempat Anis melangkah, telinganya terdengar lelaki tadi bertanya kawannya.
"Mail, nie budak nie nak balik Kota Bharu malam nie. Ada lagi tak tiket?"
"Ada..ada."
"Haaaa dik, mai sini."
Fuhhhhhh lega jap. Bas tambahan pun tak kisah lah. Asalkan aku dapat balik rumah. Yahoooooo.. Hati Anis bersorak gembira. Selesai urusan membeli tiket, Anis menuju ke kedai untuk membeli minuman dan roti. Tekaknya terasa haus.
*to be continue.
*antara part 1 dan part 2 cam tak ada kesinambungan. so mungkin akan di edit. cuma sekarang tak ada idea.huhu.
*sebarang idea atau komen amat dialu-alukan..:)
No comments:
Post a Comment