>

16 November 2013

seorang sahabat maya pernah berkata

"berkongsilah kerana pasti ada yang membaca dalam diam..berkongsilah kerana pasti ada yang mengamal dalam diam"

iye benar kata-katanya kerana saya sendiri pernah alami... daripada perkongsian seorang sahabat...menjadi amalan yang insyallah membawa kebaikan di kemudian hari. 
kekadang, daripada penulisan terkesan dihati
insyallah penulisan yang baik membantu sahabat yang lain menuju jalan yang diredhai ALLAH.
saya sendiri sedang berusaha ke arah itu..semoga ALLAH permudahkan urusan

seorang sahabat yang saya amat kagumi berkata

"apabila satu saat kita berniat mahu perbaiki diri, pada ketika itu juga ALLAH sedang susun insan-insan yang mencintai-NYA dan kirimkan kepada kita satu per satu. sepanjang perjalanan mahu perbaiki diri, ketika itu kita berjumpa dengan ramai pencinta ALLAH. ketika itu ALLAH meluruskan jalan kita untuk hadiri majlis-majlis ilmu. mudah sahaja laluannya."

sungguh saya terpegun dengan kata-katanya. allahuakbar ALLAH itu maha mengasihi. 

*p/s: sesungguhnya aturan ALLAH itu adalah sebaik-baik aturan.

No comments:

Post a Comment