>

29 November 2013

jOm ingAt Allah

sahabat..kamu pernah rasa sakit hati??
mesti pernah kan kerana sakit hati itu memang ada pada kita semua
cuma bezanya penyebab yang menyebabkan rasa itu
ada antara kita sakit hati kerana dikhianati
ada juga kerana dikeji
difitnah
dan pelbagai penyebab lain

sahabat...
sekiranya rasa itu bertandang, cepat-cepatlah merawat hati kita
jangan biarkan rasa itu melarat

saya ada terbaca

dengan mengingati Allah, hati manusia akan tenang dan akan dipandu Allah ke jalan yang diredhai Nya...antara cara mengingati Allah adalah dengan berzikir

seorang sahabat maya saya pernah memberitahu bahawa dengan berzikir, rezeki mudah masuk
masyallah indahnya aturan Allah

dengan mengingati Allah, hati akan tenang..salah satu cara untuk mengingati Allah adalah dengan berzikir. jika kita selalu berzikir, rezeki mudah masuk..

indah kan??
Allah Maha Penyayang kan??
dengan hanya mengingati Nya, pelbagai nikmat dan kebaikan diperolehi
cuma kekadang kita sebagai hamba...selalu lupa dan alpa 

sahabat, apa kata kita sama-sama mengingati Allah
sama-sama perolehi kebaikan 

*p/s: Allah Maha Penyayang~~jom sama-sama mengingati Allah

1 comment:

  1. manusia kan... mestilah pernah sakit hati :)

    tq atas peringatan tu ... sama-sama la kita beringat yer :)

    ReplyDelete