>

20 November 2013

sahabat, pernah tak kamu dengar bahawa setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya nanti. pernahkan??

kamu percaya???
saya percaya...
kamu pernah alami??
saya pernah...

suatu waktu dulu saya pernah bersedih kerana apa yang saya mahukan tidak dapat. digantikan dengan sesuatu yang lain. tetapi hari ini saya sedar bahawa sesuatu yang baru itu sebenarnya lebih bagus dan sesuai dengan saya.

benarlah bahawa aturan ALLAH itu adalah sebaik-baik aturan dan ALLAH maha mengetahui apa yang terbaik untuk kita. sesungguhnya ALLAH akan berikan apa yang kita perlu..bukannya apa yang kita mahu. saya yakin itu.

sahabat,
sekiranya nanti kamu diuji, ingatlah bahawa setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya nanti..cuma mungkin kita sahaja belum tahu apa hikmahnya.. ALLAH kan maha penyayang.

*p/s: yakin ada hikmah disebalik sesuatu

No comments:

Post a Comment